Kemahiran Yang Diperlukan Untuk Menjadi Pereka Laman Web

Setelah berada dalam industri ini selama 13 tahun, saya boleh simpulkan ada 3 jenis kemahiran/pengetahuan yang perlu ada jika anda ingin terus releven dalam bidang ini.

  1. Web design / rekabentuk laman web
  2. Graphic design / rekabentuk grafik
  3. Programming / pengaturcaraan

1. Web design / rekabentuk laman web.
Kemahiran ini berkisar tentang pengetahuan untuk susun atur layout untuk satu-satu web mengikut keperluan pelanggan. Untuk ini anda perlu tahu membaca dan menulis HTML kod. Antara perisian yang digunakan ialah Adobe Dreamweaver dan Microsoft Frontpage dan Visual Studio. Kalau yang dah berpengalaman dan otai, guna Notepad je pun dh boleh buat kerja. Siapa yang belajar pembangunan laman web yang formal di kolej atau universiti, kena tulis kod guna Notepad je.

2. Graphic design / rekabentuk grafik
Kemahiran ini amat diperlukan kerana laman web yang menarik memerlukan grafik / gambar yang menarik. Gambar-gambar material yang diberikan oleh pelanggan lazimnya besar sizenya, mungkin ada gambar yang terlalu gelap atau terang. Oleh itu kerja-kerja untuk meng edit gambar perlu dilakukan. Untuk laman web, size image amat perlu diminamakan kerana ianya akan memberi kesan pada masa loading laman web bila hendak dibuka. Untuk ini anda sekurang-kurang nya perlu tau menggunakan perisian Adobe Photoshop.

3. Programming / pengaturcaraan
Kemahiran ini diperlukan bila web anda interactive. Diperingkat ini jika terlalu complicated, anda perlu bekerjasama dengan programmer. Tetapi anda juga perlu tahu secara asas kemahiran ini supaya anda senang berkomunikasi dengan programmer untuk memastikan hasil yang diperolehi memenuhi kehendak pelanggan. Dan lagi satu supaya anda tidak kena tipu dengan programmer yang propa..acah-acah pandai tapi hampeh.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *