Penyelenggaraan Untuk Kekal Lama

Di dalam sesebuah pembangunan laman web, bahagian yang paling penting adalah penyelenggaraannya. Pengubahsuaian dalam laman web harus dijaga dari semasa ke semasa untuk kepentingan jangka hayat laman web tersebut.

penyelenggaraan

Selepas sesebuah laman web telah berjaya dibina, laman web tersebut akan dihoskan di Internet untuk pengguna. Penyelenggaraan akan berlaku di fasa ini dimana apabila sesebuah laman web tersebut diubahsuai untuk menjadi laman web yang lebih kompeten bagi membantu meningkatkan perniagaan pelanggan. Penyelenggaraan laman web adalah amat diperlukan, dan ia perlu dibuat pada masa tertentu bagi membolehkan laman web tersebut bersesuaian dengan keadaan teknologi maklumat terkini. Kedudukan sesebuah laman web di dalam enjin carian utama seperti Google juga merupakan aspek penting, untuk memastikan bahawa laman web tersebut berjaya atau gagal.

Sesebuah laman web penting untuk dikemas kini secara kerap agar ia dapat bersaing matlamat perniagaan semasa anda. Jika laman web anda mempunyai data yang lebih relevan dan fungsi web tersebut berfungsi dengan baik, maka rangkaian trafik di dalam laman web anda akan meningkat. Oleh itu, untuk memenuhi matlamat perniagaan organisasi anda, adalah penting untuk member perhatian terhadap penyelenggaraan laman web bagi memastikan laman web tersebut berada di landasan yang betul.

Syarikat kami menawarkan pakej penyelenggaraan laman web yang mengandungi semua kemudahan yang diperlukan oleh laman web anda untuk pengemaskinian yang betul. Selepas pelancaran laman web yang berjaya, syarikat kami akan memastikan laman web tersebut berfungsi dengan betul dan perubahan yang diperlukan dibuat dari semasa ke semasa. Ia adalah sangat penting untuk menjejaki perkembangan laman web anda untuk mengetahui sama ada ia berfungsi dengan baik dan dapat membantu pelanggan tersebut ataupun tidak. Pelbagai kemudahan yang ditawarkan adalah sangat penting untuk sebarang tugas penyelenggaraan laman web tersebut. Mengubah kandungan di dalam laman web tersebut serta menambah bahagian baru didalam laman web yang sedia ada adalah satu tugasan penting. Pengguna memerlukan pembaharuan dan perubahan terhadap laman web mereka, begitu juga tugas untuk menyelenggaraankannya. Di syarikat MyTransPro, kami menyasarkan untuk menyediakan beberapa cara terbaik untuk mengekalkan laman web anda dan meningkatkan matlamat perniagaan anda.

  • Kami bukan sahaja membuat perubahan yang dikehendaki dalam susun atur semasa tetapi ahli pakar kami juga mencadangkan beberapa cara untuk meningkatkan trafik di laman web tersebut dan meningkatkan matlamat perniagaan anda. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh pasukan untuk membolehkan laman web anda tergolong di antara tiga hasil teratas dari mana-mana enjin carian. Strategi ini adalah strategi SEO. Apabila laman web dioptimumkan untuk enjin carian, ia dijamin menghasilkan keuntungan yang besar. Laman web yang dikemas kini lebih cenderung muncul di bahagian atas hasil enjin carian daripada yang lebih lama.
  • Pasukan kami terdiri daripada sekumpulan pemaju yang mahir dan berpengalaman yang tidak hanya mengawal laman web anda tetapi kami juga menunjukkan dedikasi kepada kerja untuk masa yang lama. Laman web boleh dikemas kini seberapa banyak kali dan pasukan kami menyediakan pakej bulanan untuk proses pengemaskinian. Kami menawarkan beberapa pakej lain seperti pemeriksaan rutin untuk laman web dan rancangan bulanan lain. Pengguna boleh memilih perkhidmatan mengikut kesesuaian mereka. Bantuan yang ditawarkan secara sekali atau secara tidak tetap akan dikenakan bayaran setiap jam.Oleh itu, kami membuat perubahan terhad kepada laman web yang sedia ada, yang bergantung sepenuhnya pada keperluan pelanggan.