Grafik Digital & Vektor

Rekabentuk grafik adalah kemahiran yang amat diperlukan untuk membangunkan laman web yang menarik dan mesra pengguna. Oleh itu pasukan kami juga mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk melengkapkan proses pembinaan laman web.

binaweb

Kami menyediakan khidmat rekaan grafik sama ada untuk kegunaan digital atau percetakan. Untuk format digital biasanya akan diserahkan pada pelanggan dalam file format jpeg, png dan gif. Ianya tidak memerlukan storan yang besar. Manakala untuk percetakan, pereka perlu mahir dalam rekabentuk vektor yang mana juga dikenali sebagai "Rekabentuk Berskala Besar". Rekabentuk jenis ini boleh dibesar berkali-kali ganda dari size asal tanpa "pecah" gambarnya. Ini supaya boleh di cetak dengan sempurna sama ada untuk size sekecil pelekat label mahupun sebesar papan tanda atau "Billboard".

MyTranspro tidak menawarkan reka bentuk percuma. Walaubagimanapun rundingan adalah percuma untuk kenal pasti keperluan dan kehendak pelanggan. Caj kami sangat berpatutan dan hasil kerja yang diberikan akan kami mengikut bajet yang diperuntukkan oleh pelanggan dengan nilai terbaik untuk perniagaan meraka.